Allergy Protection
Learn More
Cash On Delivery
Free shipping
Free shipping for orders over RM15.00
Shipping Fee:
RM0.00 (incl. SST)
Specification
Ships From
Description

Garam ini terhasil dari mata air yang keluar dari perut bumi di sebuah kawah di Jawa Tengah. Ia bukan garam bukit atau gunung atau laut kerana desa ini jauh dari laut. Garam ini tinggi mineral semulajadi dan telah diguna secara tradisi sejak beratus tahun dan ada yang percaya malah beribu tahun lamanya bukan hanya sebagai penyedap dalam masakan tetapi juga sebagai ubat untuk ruam, sakit kulit dan memberikan tenaga. Mata air garam ini tidak pernah punah atau kering. Apabila Belanda masuk menjelajah Indonesia pada abad ke 17, penduduk desa di sini berpakat menyembunyikan mata air garam ini untuk elak dari diterokai oleh penjajah. Cara pengolahan garam mata air: Air dari kawah disalurkan kepada buluh yang dibelah dan dikeringkan sehingga menjadi kristal. Proses penjemuran memakan masa berminggu-minggu lamanya tergantung pada cuaca. Garam ini tahan bertahun-tahun lamanya jika disimpan di tempat kering.

Chat Now
Add to Cart
Buy Now