2 Variations Available
Shop Vouchers
Cash On Delivery
Shipping Fee:
RM3.18 - RM5.19 (incl. SST)
Specification
Fertilizer Type,Country of Origin
Description

FORTINEEM OIL ialah minyak neem berkekuatan tinggi (cold pressed) dengan kandungan azadirachtin 2,200ppm. Dirumus dengan pengemulsi, FORTINEEM OIL adalah larut dalam air. Produk ini bagus bagi kegunaan ladang komersial atau jika anda sedang mencari produk minyak neem yang berkekuatan tinggi untuk kawalan perosak dan penyakit. NEEM OIL adalah minyak neem 100% “cold pressed” tulen dengan kandungan azadirachtin 300ppm. Neem Oil ini perlu dicampur dengan cecair pencuci pinggan (Neem Oil 3-5ml + 1 sudu teh sabun pencuci pinggan + 1L air). ------------------------------------------------- FortiNEEM OIL kami mengandungi minyak semambu yang berkualiti tinggi dan dirumus khas untuk pencampuran mudah. Pengemulsi semula jadi telah dimasukkan ke dalam formulasi untuk memastikan minyak semambu tersebar sama rata apabila dicampur dengan air. Kami telah melakukan bahagian yang susah untuk anda dan dirumus sebegitu rupa, jadi anda hanya perlu menambahkan Fortineem Oil dengan air. Begitu sahaja. Anda tidak perlu menambah sabun, detergen atau lain-lain yang dapat meningkatkan risiko kebakaran kepada tumbuhan FORTINEEM OIL berkesan terhadap: SERANGGA & TUNGAU seperti afid, koya-koya, hama labah-labah, trip, lalat putih, agas, ulat bulu (kecil), kumbang daun dan pelbagai lagi. PENYAKIT TANAMAN seperti rabuk berserbuk, bintik hitam, kulapuk kekapas, karat, keruping, reputan botritis dll CARA PENGGUNAAN - FORTINEEM OIL Sembur pada daun Gunakan pelarutan 0.5-1% atau 3-5ml MINYAK FORTINEEM OIL untuk setiap 1 liter air. Anda disarankan untuk mengisi penyembur dengan air terlebih dahulu sebelum menambah minyak FORTINEEM OIL. Pastikan digoncang dan dikacau dengan betul sebelum penyemburan. Pastikan permukaan tumbuh-tumbuhan disembur (terutamanya pada bahagian bawah daun) untuk kawalan yang lebih berkesan. Ulangi penyemburan setiap 5-7 hari, dan sembur semula jika hujan turun 3 jam selepas penyemburan. Disarankan untuk menyembur pada waktu pagi atau petang. Penyemburan yang lebih kerap dapat dilakukan terutama pada masalah perosak yang teruk. Beberapa tumbuhan mungkin sensitif dengan minyak serambu (terutamanya tumbuhan muda yang lembut di persekitaran panas). Sebelum menyembur pada kawasan yang luas, disyorkan untuk menguji tanaman anda terlebih dahulu. Risiko daun terbakar meningkat sekiranya melebihi dos yang dicadangkan.

Chat Now
Add to Cart
Buy Now