Damage Protection
Learn More
Cash On Delivery
Free shipping
Free shipping for orders over RM15.00
Shipping Fee:
RM0.00 (incl. SST)
Specification
Brand,Import/Local
Description

Kita selalu berusaha untuk hari esok yang lebih baik. Namun apabila esok tiba, kita masih lagi berfikir bagaimana mahukan hari esoknya yang lebih baik berbanding menikmati hari yang kita sedang lalui. Kita tidak berasa puas dan selalu mahukan lebih lagi sehingga terlepas menikmati hari ini. Kita tercari-cari bahagia yang sepatutnya kita miliki. Kita tercari-cari di mana bahagia yang selama ini kita nantikan setiap hari. Hakikatnya, bahagia itu ada dalam diri kita. Bahagia dengan cara kita, tanpa perlu membanding-bandingkan dengan sesiapa. --------------------------------------------------------------- Buku ini menampilkan tip-tip mencapai kebahagiaan dalam hidup, yang ditampilkan dalam gaya bahasa yang cukup santai dan mudah difahami oleh setiap lapisan umur pembaca. Tip-tip yang dikongsikan mencakupi pelbagai aspek kehidupan, dan mudah diaplikasi oleh kita semua dalam menjalani kehidupan seharian. Antara topik yang diketengahkan oleh penulis adalah soal menjaga hubungan dengan Pencipta dan manusia, mencapai ketenangan hidup tanpa overthinking, mencari kebahagiaan sendiri tanpa membanding-bandingkan dengan orang lain, dan pelbagai lagi topik yang menarik. ___________________________________________ Latar Belakang Penulis: Syira Lokman Penulis merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam penerbitan buku. Antara buku yang ditulis adalah: Bersangka Baik dengan Tuhan (Must Read Sdn. Bhd) Fragile (Komrad Buku) Serenity (Komrad Buku)

Chat Now
Add to Cart
Buy Now